Laman Rasmi Unit Kaunseling SK Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor.
|
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Isnin, 11 Januari 2010 14:40 |
|
Assalamualaikum......
Alhamdulillah Laman Web kaunselingskbb.com telah berjaya menyediakan satu kemudahan yang sangat berguna kepada warga SK.Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor dan semua warga kaunselor di Malaysia. Kemudahan ini membolehkan semua kaunselor berkongsi maklumat serta pendapat dalam meningkatkan lagi profesion yang kita sanjung ini.
Segala maklumat yang diperolehi daripada buku, bahan pengajaran sepanjang saya melanjutkan pelajaran dan dari pelbagai sumber saya kumpulkan untuk dikongsi bersama akan memberi manfaat untuk semua kaunselor di Malaysia.
Diharapkan laman web kaunselingskbt2.com akan terus ceria.....

Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 11 Januari 2010 14:53 |
|
|
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Isnin, 11 Januari 2010 15:01 |
VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 11 Januari 2010 15:03 |
|
Pengurusan Fail SPSK - PK13 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Sabtu, 21 Januari 2012 03:59 |
|

PENGURUSAN FAIL SPSK
(SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI)
KE ARAH MS ISO 9001:2008
PK13 (PENGURUSAN BIMBINGAN &KAUNSELING)
>>>Klik Sini untuk Download<<
Untuk cara download, Klik Sini
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 25 April 2012 00:27 |
|
|
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Rabu, 17 Ogos 2011 12:38 |
|
Tawaran Untuk Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Master dan PHD dengan Biasiswa + cuti belajar + gaji penuh
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
|
|
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
|
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 17 Ogos 2011 16:25 |
|
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
|
|
Sabtu, 25 Februari 2012 13:40 |
|

Modul Benci Zina
>>>>Klik Sini Untuk Download<<<<<
Untuk cara download, Klik Sini
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 25 April 2012 00:11 |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |